Aku Kembali Headline Animator

Aku Kembali

Friday 24 June 2011

Oh Dunia akhir zaman

Teringat pada suatu petang.......Poket kosong dikala aku pulang dari kerja....jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 6 petang....................
Menjenggok kedapur dengan silauan matahari terbenam...kulangkahkan kaki ini menuju dapur kayu yang usang.......bau arang  hasil dari pembakaran kayu sudah lali bagi ku.....
Syukur ada nasi dalam periuk....Dalam tudung saji ......terhidang pucuk ubi.......sambal belacan dan ikan masin.....sudah cukup bagi ku untuk aku mengalas perut...

Saturday 11 June 2011

Suatu ketika di hari Minggu

Teringat di suatu ketika...di kala tengahari...panas memancar...kedengaran adzan zohor di corong-corong surau......sebelum adzan bergema...paluan Kentong dari surau -surau jelas kedengaran......"Solat dulu " dihariku berdetik...
tapi jika aku tinggalkan jeratnie tanpa di pantau em..........tentunya akan di ambil oleh orang lain...Itulah yang terdetik di hati ku....ketika memasang jerat di sbuah belukar berhampiran kampung aku.....pada masa tu tak de lagi internet tak de lagi astro...tak de lagi  wayang gambar yang menarik.PS@ atau game-game di pusat-pusat hiburan ...jauh sama sekali macan Sunway Lagoon atau bukit merah water Park...
Lepas bagun dari tidur.........terus mandi tanpa berlengah dan belum sempat ku angkat punggung....."Kemas sekali" nada suara yang amat lembut dari luar bilik aku......suara bondaku..selesai solat subuh...walaupun aku pada umur 6 tahun......sudah dilatih untuk bersolat....aku menjeling kearah jendela....em...masih awal lagi untuk aku kebawah...Bertemu dengan sepupu-ku...untuk menantikan apa aktiviti yang bakalkami lakukan pada hari itu.......
Bersambung

Pagi Minggu

Solat dulu...
setelah selesai menunaikan tanggungjawap aku pada Ilahi....

Thursday 9 June 2011

AKU INSAF

Aku.............

Sering meninggalkan solat......menunda dengan alasan yang tak munasabah...kalau direnung sejenak....rugi....ketika menghela nafas seringkali aku terlupa solat....lupa ....aku dikurniakan kesihatan dan akal fikiran yang waras......tanpa alasan yang kukuh aku meninggalkan solat....aku..........diriku ..jiwa dan raga ku berdosa pada-MU.....

Dunia yang fana....alpa seketika terus di bawa arus kelekaan...syaitan berbisik tanpa suara...berbisik di hatiku yang mungkin hitam....oh tuhan ampunilah daku..... sesaat pun KAU tidak pernah lupa padaku....memberi nafas hela ini memberi penglihatan,akal yang waras...deria untuk ku merasa ....tapi aku......lupa pada-MU...ampunilah daku...amin.....

Nikmat dan rezeki mu kuambil tanpa memikirkan untuk sUjud syukur pada-MU...ampunilah daku...Dihari jumaat ini aku coretkan di disini buat keinsafan daku yang bergelar Insan atas nikmatmu kusedar dan ku mohon keampunan pada-MU ya ALLAH....aku leka aku hanyut dengan dunia......

Solat Itu Wajib

Tak kira dalam keadaan apa dan diman jua...solat itu wajib bagi umat yang bergelar muslim,Solat harus di lakukan dalam pelbagai situasi dan keselesaan..Tak susah dan payah bagi mereka yang ingin mengerjakan solat ,kerana kaedah solat amat banyak dan amat mudah...Jom kita solat
solat........Perkara paling ringan di muka bumu ini adalah meninggalkan solat..Asuhlah anak-anak mu bersolat  dari umur 7 tahun ...bimbinglah mereka kejalan yang di redhai ALLAH
.






Tiang agama adalah solat...Segala macam dan kaedah,istiqomah,panduan lengkap boleh di dapati disini.....secara percuma



kaninchengeschichte(dot)com

Perkara yang Membatalkan Tayamun

Perkara yang membatalkan tayamum

* 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
* 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

Syarat-syarat Tayamun

Syarat-syarat Tayamum

* 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
* 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
* 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.

Tayamun

Tayamum

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Fardu Tayamum
  • 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
  • 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
  • 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
  • 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).

Solat subuh-1


Jangan sampai terlewat solat subuh hari nie....

Niat solat Subuh

NIAT SEMBAHYANG SUBUH

Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat
(*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Solat Subuh

Solat subuh

pasti ramai yang terkantoi bab nie..............
Solat Subuh

Solat Fardu

Subuh
Zuhur
Asar
Magrib
Is'yak